“Saya dekat mana ni??” Tanya Humaira sambil pegang kepalanya
yang terasa pening
“Awak sekarang ada dalam wad” Jawab dokter Haikal tenang
sambil memberikan senyuman kepada pesakitnya itu.
“Awak tak sedarkan diri beberapa hari yang lepas sebab
terlebih makan ubat,kenapa awak cuba untuk bunuh diri?kesian kat housemate
awak,bawak awak dating Hospital ni” Soal Dokter Haikal kepada Humairah yang
sangat panjang
“Awak sapa untuk Tanya soalan macam tu pada saya?Saya tak
kenal awak dan awak pun tak kenal saya untuk saya jawab soalan awak tu” Jawab
Humaira kepada dokter haikal dengan nada yang meninggi, Geram dia sebab orang
yang dia tak kenal Tanya soalan yang terlalu peribadi baginya
“Awak memang tak kenal saya tapi saya kenal awak,dan saya
perlu tahu sebab saya dokter awak,dan awak pesakit saya,sekarang ni awak di
bawah pengawasan saya,saya hanya nak tolong awak, tapi tak apalah kalau awak
tak mahu untuk share dengan saya.. Saya hanya ingin membantu.. Jap lagi nurse
datang bawa ubat, awak makan ubat tu ye” Jawab Panjang dokter Haikal, dan lalu
pergi meninggalkan humaira..Niat di hati nya hanya untuk membantu pesakitnya
itu, tetapi pada Humairah soalannya itu terlalu sensetif pada Humaira.
Dua Bulan yang lepas
“Hi Sayang ! Dah lama tunggu I?” Tanya Humaira kepada kekasihnya
itu sambil memberi senyuman yang paling manis.
“Boleh laaa, Tak ada lah lama sangat,hmm.. biasalah kan u
memang selalu lambat, make up 1 jam !”Jawab Zack acu taka cu tanpa pandang muka
Humaira.
“AlolooOoo~~ Merajuk la tu.. Ye.. I minta maaf okay,lepas ni
I tak lambat lagi, I Janji ! lagi satu, kenapa u tak nak jemput i?Biasanya u
jemput I”
“Hari ni I malas nak jemput U,Sebab I Malas nak tunggu U
lama-lama dekat depan rumah U tu” jawab Zack dengan tiada perasaan, Sambil
bermain Handphone
“Hrmmm… Kenapa U nak sangat jumpa I malam ni? Semalam baru
je kita jumpa kan?Biasanya dua hari sekali baru kita jumpa kan, sebab u busy
dengan assgment lah,Projek la, macam-macam lagi lah. Ni mesti sebab u rindukan
I kan ? ehee”Soal Humaira kepada Zack, Sambil memegang Tangan Zack.
Zack menarik tangan yang dipegang oleh Humaira
“Okay,Pendekkan cerita, I sebenarnya ajak jumpa ni sebab I dah tak boleh nak teruskan hubungan kita ni, I tak boleh nak tipu diri I yang I dah suka dekat Orang lain, makin I teruskan Hubungan ni, Makin Hati I terseksa,I minta maaf kat u sangat-sangat.. I tahu I kejam buat u macam ni,tapi I rasa lebih baik I terus terang pada u sekarang,makin lama I simpan, makin membuat hati u dan hati I sakit,I kesian kat u tiap-tiap hari u tunggu I, Lebih baik I bagi tahu u perkara sebenar yang I dah ada orang lain.I minta maaf , I tak boleh nak teruskan lagi” Panjang lebar Zack memberi jawapannya kepada Humaira dengan perasaan yang agak bersalah dan juga lega kerana sudah jujur kepada Humaira. Zack dah tak mampu dan tak sanggup untuk menipu Humaira lagi, Jujur dan terus terang itu lebih baik bagi Zack.
“Okay,Pendekkan cerita, I sebenarnya ajak jumpa ni sebab I dah tak boleh nak teruskan hubungan kita ni, I tak boleh nak tipu diri I yang I dah suka dekat Orang lain, makin I teruskan Hubungan ni, Makin Hati I terseksa,I minta maaf kat u sangat-sangat.. I tahu I kejam buat u macam ni,tapi I rasa lebih baik I terus terang pada u sekarang,makin lama I simpan, makin membuat hati u dan hati I sakit,I kesian kat u tiap-tiap hari u tunggu I, Lebih baik I bagi tahu u perkara sebenar yang I dah ada orang lain.I minta maaf , I tak boleh nak teruskan lagi” Panjang lebar Zack memberi jawapannya kepada Humaira dengan perasaan yang agak bersalah dan juga lega kerana sudah jujur kepada Humaira. Zack dah tak mampu dan tak sanggup untuk menipu Humaira lagi, Jujur dan terus terang itu lebih baik bagi Zack.
“Sampai Hati u buat I macam ni?U tahu kan yang I betul-betul
Cintakan u Zack ! I tak sangka yang u sanggup buat I macam ni, Apa kurang I
zack?apa salah i?”Soal Humaira kepada zack sambil menangis kerana sudah tak
tahan menahan sedih di hati yang kekasihnya itu mahu meninggalkan nya.
“I minta maaf,I dah tak boleh teruskan”Pendek dan Tenang
Zack menjawab.
“Cik..Cik.. Cik Humaira” Panggil nurse yang bertugas pada
petang itu.
“Ye, Maaf awak panggil saya ke?” Tanya Humaira kepada nurse
yang bertugas itu
“Cik Humaira dah makan? Kalau dah makan, cik kena makan
ubat-ubat ni semua.”
“Saya dah makan,Okay…nanti saya makan ubatnya ye..” Jawab
Humaira dengan mesra kepada nurse tersebut.
“Cik Humaira kena makan ubatnya sekarang sebab Dokter Haikal
suruh saya tunggu cik Humaira sampai makan ubat-ubat ni semua” Kata nurse itu
kepada Humaira, Memang dokter Haikal suruh nurse itu tunggu sampai Humaira
makan ubat tersebut..
“Hrmmm…” Humairah mengeluh “Baiklah.. saya makan ubat-ubat
ni semua ye..” Humairah pun memakan kesemua ubat-ubat yang nurse beri kepadanya
itu..
“Okay dah.. Nanti awak cakap dekat dokter Haikal..Saya
memang suka makan ubat ni,Makan kegemaran saya memang ubat pun , Dan saya kena
tahan dalam wad ni pun sebab Terlebih makan ubatkan? So ! Don’t worry I akan
makan ubat ni “ Sambung Humaira lagi kepada nuse tersebut dengan unsur-unsur
memerli.
“Okay, Nanti saya bagi tahu ye cik Humairah” Jawab nurse itu
“Dan cik Humaira Bertuah tau sebab Dokter Haikal tak pernah Ambil berat yang
macam ni pada pesakit-pesakitnya yang lain,okaylah cik Humaira, awak pun dah
makan ubat saya nak sambung kerja saya”Sambung Nurse itu lagi lalu meninggalkan
Humaira kerana ada tugas nya yang lain.
“Hrmmm…Yelah tuu…” Humaira berkata-kata dalam hatinya..
“WEI ! Kau orang
cepat lah…!!! Nanti waktu melawat Habis tahu tak..Pukul berapa dah ni.. Kesian
Humaira kat Hospital tu tak ada siapa melawat dia, Lagi pun dia dah sedar apa
pulak dia cakap tengok kita semua tak ada, kita ni dah la kawan baik
dia”Panjang Bebel Intan kepada dua Sahabatnya itu, dia tak mahu terlewat untuk
melawat kawan baiknya Humaira,Lagi pula Humaira kawannya sejak tadika lagi.
“Yee.. Sabar la intan Oiiii.. eisshh mak cik ni kalau dah
membebel macam ni lah laju macam peluru pestol”Perli Ana kepada Intan yang dari
tadi membebel.
“Entah la kau ni Intan,Kita orang pun kawan Humaira juga,
Kita orang pun rindu kat dia,kalau ye pun rindu kat kawan kita yang satu lagi
tu, awak kemas la dulu buku-buku awak yang atas meja tu, kami dah kemas dah,
awak membebel dari tadi tak kemas apa pun, awak yang lambat, bukan kami”
Panjang Ema memerli si Intan yang terlalu excited untuk melawat Humaira sampai
dia sendiri tak siap-siap lagi .
“Eyh ! aku lupa laa, kau orang jangan lah peril aku macam
tu, malu aku ! ahaha” Jawab Intan kepada dua sahabatnya itu dengan perasaan
malu sebab dia membebel suruh cepat, tapi dia yang tak siap-siap.
“EHEM! Termenungkan
apa tu cik Humaira?” Kedatangan Dokter Haikal
membuat Humaira tersedar dari lamunannya itu.
“Hrmm…teringat kat kawan-kawan saya,mereka tak melawat saya
sejak dari saya sedar tadi pun. 1 batang hidung pun tak Nampak” Jawab Humaira
Selambur dan ada perasaan kesal juga di hatinya kerana sahabatnya tak datang
melawatnya .
“Ohhh~~ itu kee.. ingat kan termenung sebab rindukan kekasih
hati” Gurau Dokter Haikal
“Saya tak ada kekasih” Ringkas Humaira menjawab, Sambil
memandang di luar
“Kejap lagi kawan-kawan awak,ema,ana dan intan datang la
tu,awak jangan salah anggap pada mereka,mungkin mereka ada class,lagi pun dah
nak final exam,mungkin busy sikit. Masa
awak tak sedar mereka bertiga sentiasa datang melawat awak,jaga awak..kejap
lagi mereka datang lah tu”Jelas Dokter Haikal kepada Humaira,Niatnya untuk
menenangkan hati Humaira , takut juga kalau Humaira tersalah anggap kepada
sahabatnya itu.
“Macam mana dokter tahu nama mereka?” Tanya Humaira kepada
dokter Haikal,Pelik juga dia sebab Dokter Haikal boleh tahu kesemua nama
sahabat-sahabatnya itu.
“Sebab mereka kan selalu datang melawat awak , jaga awak
masa tak sedar kan diri, sambil-sambil tu saya Tanya lah nama mereka
semua…”Tenang dokter Haikal jawab soalan Humaira sambil tersenyum-senyum kepada
humaira.
“Maknanya dok !”Tak sempat Humaira bercakap sahabat-sahabatnya
datang
“Assalamualaikum…Humairah ! Alhamdulillah kau dah sedarr”
Salam dari intan membuat Humaira berhenti dari bercakap .
“Waalaikumusalam” Serentak dokter Haikal dan Humaira Jawab
“Ehem Ehem ! Macam ada jodoh je jawab salam serentak
ni..eheheeheh” Gurau ema kepada dokter dan Humaira,saja dia mahu menyakat
dokter Haikal,bukan dia tak tahu yang dokter Haikal suka pada sahabatnya itu.
“Ahh kau ni ema,jangan nak mengarut ye, aku tangah touching
dengan kau orang semua, tak datang melawat aku pun , dari tadi aku tunggu, 1
batang hidung pun tak nampak” rajuk Humaira kepada Rakan-rakannya itu.
“Sekarang Nampak tak tiga batang hidung dah
muncul?”kata-kata ana membuat semua yang ada dalam bilik Humaira tergelak
termasuk lah dokter Haikal.
“Erm , baik lah saya pergi dulu ye. Nanti kalau ada apa-apa
please cepat-cepat panggil saya” Dokter Haikal bersuara , dari tadi dia berdiam
sampai Humaira dan kawan-kawannya ingat dokter Haikal dah keluar dalam bilik
Humaira
“Eyh ! dokter Haikal ada lagi ke ? ingat dah keluar tadi,
maaf la tak perasan yang dokter haikal ada, malu rasanya gelak macam apa tadi
depan dokter Haikal”kata Intan yang agak terasa malu keran dia yang gelak agak
kuat dari ema,ana dan humaira
“Ahaa, tak apa lah, biasa lah tu gembira sebab Kawan awak
dah sedar, okay la saya ada kerja ni, nanti ada apa-apa. Panggil saya.
Assalamualaikum” Pamit Dokter Haikal dengan sopan .
“Waalaikumussalam” Serentak Humaira,Ana,Ema dan Intan
menjawab salam Dokter Haikal
“Ermm.. Humaira.. Okay tak duduk kat Hospital ni?? Makanan
kat sini sedap tak?”Tanya Ana pada Humaira.
“Aku bosan lah duduk dekat Hospital ni, Makanan pula okay
lahh.. hrmm, kau ni mesti laparkan tiba-tiba Tanya pasal makanan ni. Kan? Kan ?
kan? eheheheh”Sangkal Humaira pada Ana sambil menunjuk jari pada ana menandakan
Tanya nya pada ana
“Eyh ! mana ada, yelah , aku kan sayang kat kau, mesti lah
aku nak kau selesa kat sini” jawab ana dan