BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 7 September 2015

Bunga Rose dri hubby (7 Sep 2015)

Assalamualaikum..... Hari ni hari isnin.. iqa anta syawal dekat TBS, Alhamdulillah syawal sambung MASTER CIVIL OF ENGINEERING ^_^ iqa gembira sangat.. dalam gembira iqa sedih...sedih sebab dh lama x berjauhan dgn syawal..:'( selama empat tahun iqa sabar masa syawal sambung Degree dulu... skrg ni berjauhan lagi selama setahun setengah.. semoga hati iqa ni kuat...setahun setengah tu sekejap jeee..In shaa Allah dgn berjauhan ni..hubungan iqa dengan syawal lebih baik...lebih memahami antara satu sama lain.. syawal pun iqa nmpk dia sedih jugakk..yelah..dh lama x berpisah jauh jauh..tibe tibe kena berpisah lagi setahun lebih..xpela.. sabar lah wahai hati ini dan hatinya.... masa smpai dekat TBS tu ada sorg uncle cina ni jual bunga rose.. tapi dia jual semua dua kuntum je...xde sejambak.. syawal beli.. syawal bagi dekat iqa..^_^ syawal lelaki yg pertama bagi iqa bunga.. ^_^  


Iqa happy sgt masa tu...sementara tunggu bas syawal smpai..kiteorg pergi minum dulu.. selfie..borak borak.. and bila masa syawal dh nk dekat berangkat tu.. iqa sedih sgt.. sedih smpai menangis.. mata syawal pun dh merah.. heissshhh... org ramai sgt tau masa tu.. yelah..time tu semua student iqa rasa.. student yg nk pergi masuk study balik yg nk sumbung sem baru or bru nk pergi daftar rasanye.. okey.. ni dekat TBS okey.. bukan dekat mana mana Faculty..iqa cuma ckp dekat TBS tu kebanyakan student.. eheee.. sedihhh...iqa rasa mcm DRama korea dh masa tu.. dekat tgh tgh lapangan menunggu kapal terbang , tgh tgh org ramai, ada Pasangan org bercinta yg tgh bersedih sbb terpakse berpisah sementara waktu dan mereka akan mulakan hubungan jarak jauh.. mulakan kehidupan masing masing sorang study, sorg lagi bekerja.. walaupun jauh mereka saling ingt antara satu sama lain.. and lupa something.. syawal bagi iqa sehelai baju syawal untuk iqa .. baju tu bila iqa rindu.. ingt dekat syawal.. sbb ada bau syawal kuat dekat vbaju syawal tu...anddd... syawal terus menurun tangga untuk pergi ke bas yg menuju ke batu pahat.. time tu laju air mata iqa mengalir. sedih kauu.... mnemang x boleh pisah iqa dgn syawal.. hati ni kuat sgt nk ikut syawal ke batu pahat.. nak duduk sekali dekat sana. tpi apa kan daya,, kami belum berkahwin. kalau dah nikah, mesti syawal bawak iqa sekali.. xde lah iqa sedih mcm ni.. iqa harap sgt dan iqa selalu berdoa yg syawal jodoh iqa.. amiin...

Saturday 25 July 2015

25 July 2015 | 10 Syawal Bersama Hubby Tercinta ^_^


Assalamualaikum ^_^ semua... eheee.. lama dah iqa tak bercerita dalam blog iqa ni..sebelum iqa nk share story ni iqa nk ucapkn SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA KAMI ^_^ DAN MAAF ZAHIR BATIN 

Tahun ni tema baju raya kami warna purple.. naaaisss kn ? ^_^ heee... iqa tak tahu nk bagi tahu macam mana yang iqa ni bersyukur sangat sangat dapat beraya bersama sama dengan syawal lagi.. ni ada lah raya yang ke empat tahun iqa dengan syawal.. Ya Allah... rasa macam baru je kenal dengan syawal.. kalau nak cakap iqa ni happy, memang iqa happy sangat2 !!!! Orang yang iqa sayang, iqa cinta ada dengan iqa , beraya dengan iqa.. iqa selalu berdoa yang hubungan kita ni kekal sampai ke jannah..^_^ aminn...Semoga Allah bersatukan kita menjadi sepasang husbend and wife 1 hari nnti, iqa hanya mampu berdoa untuk hubungan kita ni ;)

OKEY.... Back to story 25 July 2015.. hari ni iqa dengan syawal and orieo fc beraya rumah mira, mira buat open house, bawah ni gambar kami di rumah mira, mula2 iqa diam je.. iqa x mkn sgt, sbb iqa xberape nk sehat, dada iqa sakit time tu.. iqa lebih kepada diam.. syawal dia makan banyak, suka tengok syawal makan byk sbb biar iqa je kurus, syawal gomok.. eyh ! Gurau je, I know u boleh jaga badan u cantik2 syg.. sebab syawal memamg paling risau kalau berat dia naik, and dia akan mula berdiet nnti ^_^ iqa x kesah syawal mcm mana pun...selagi ada selera mkn tu, mkn la puas2.. Sebab nafsu makan juga nikmat yg Allah bagi pada kita, nnti bila kita sakit, nikmat selera mkn tu Allah tarik, cuma berhenti sebelum kenyang. Oke? ^_^ 


OKEY ni Gambar lepas makan, semua dah kenyang, nmpk x my syg tu ? Happy sangat dia . suke iqa tengok dia senyum macam tu ^_^ 













Tuesday 14 July 2015

Happy 3rd Anniversary Sayang ^_^ = Mohd Shawal Bin Mohd Alias

14 July 2015 | Assalamualaikum. .. Happy 3nd Anniversary syggg syawalalias thanks sbb surprise syawal menjdi... segala tipu helah syawal tdi pun menjadi.. ahahaha...konon ckp nk iftar dekat kedai mamak mkn roti canai dekat kedai mamak klang tu... syawal tahu kn iqa x suke mkn kedai mamak.. saje je dia nk menyakat iqa.. tpi pernah gak mkn kedai mamak sbb syawal ajar mkn jugak kedai mamak... thanks sbb kononnye dekat restoran MURNI DOSCOVERY ni kedai mamak la kononnye ada jual ROTI CANAI TERBANG, BESAU PULAK TUUUU, iqa pun percaya... lepas tgok menu... haaa.. amek kau !!! Makanan western je lelebih... I org kampung x pndai mkn western2 ni.., ahaa.. tapi sedappp... bak kata syawalll.. mmg mahallll... tapi puas hati sebab sedappp... lepas tu syawal ckp... esok kn ANNIVERSARY kita yg ke 3 TAHUN , syawal saja je ajak iqa mkn kedai mamak mkn roti canai, syawal saje je nk uji iqa mcm mana... n saje nk buat surprise... perghhhh... mmg aku kena tipu bang hang... ahaaa... but terharu lahhh... sbb 3 kali anniversary. Syawal x pernah gagal membuat surprise untuk iqa... thanks biyyyyy ♥♥♥ rasa sekejap sgt 5 tahun tu... kenal dari zaman matrik... smpai la skrg.. 


kenal syawal masa syawal dari zaman matrik...kenal dekat facebook jaaa.. iqa xde gmbar langsung dekat facebook iqa tu.. sume gambar katun muslimah.. nama facebook iqa pun nama tipu.. but syawal layan chat iqa baik2... kadang2 lelaki kalau tgok facebook yg xde gambar diri sendiri dorg akan buat x tahu jeee... but syawal lain... and ada 1 hari tu time syawal sem yg pertama dekat UTHM syawal cuti sem, time tu syawal keje part time the store dekat MBO , iqa pun part time kat situ gak... syawal betul2 sebelah iqa... jantung iqa dup dap dup dap.. yelahh... iqa kenal syawal, syawal lelaki yg iqa selalu chat kat facebook but syawal x kenal iqa langsung, n syawal x tahu yg iqa ni intan (bukan nama sebenar, nama olok2 iqa dekat facebook) yg syawal selalu chat tu...lama2 shawal duk senyum2 kt iqa, iqa pun balas senyuman syawal... last2 syawal tanye nama sape.. iqa bagi tahu la nama iqa... and kiteorg berkwan jadi rapat, lama2 tu iqa bagi tahu.. *abg syawal, iqa la intan yg abg syawal selalu chat dkt facebook tu* syawal buat muka terkejut, mmg terkejut gila muka syawal, and syawal mengundur kn langkah... lama2 jauh dri iqa.. x lama lepas tu syawal dtg balik n bertanye * tapi nama iqa atiqah bukan intan* *mmg la nama iqa kat facebook tu intan, but semua tipu, iqa x nak org tahu nama iqa, muka iqa mcm mana, sbb tu iqa letak nama dekat fb iqa tu INTAN, and xde langsung gambar iqa, sbb iqa x suke* n syawal pun tanye lagi, *bukti?* iqa pun jwb * ingt x gambar kapal love yg iqa tag dekat syawal sorg je., dlm beberapa hari iqa tag dekat syawal, syawal buat gmbr kapal love tu cover photo facebook syawal* and syawal terkejut time iqa bagi tahu pasal kapal tu... time tu syawal percaya yg iqa ni INTAN, ahahahaa.,. Lepas balik keje iqa buka facebook , iqa dpt notification from syawal Alias and syawal anta request IN A RELATIONSHIP WITH INTAN  time tu iqa terkejut n iqa ACCEPT bertarikh 15 July 2012 .. ni dia cerita berkwn facebook smpai la bercinta... I love u... walaupun byk iqa menangis... tapi iqa tahu.. tu semua dugaan buat kita... thanks untuk surprise hari ni ^_^ 

Saturday 28 December 2013

Tak Salah Mencuba Untuk Cinta Kepada Sang Pencinta ^_^

“Saya dekat mana ni??” Tanya Humaira sambil pegang kepalanya yang terasa pening 
“Awak sekarang ada dalam wad” Jawab dokter Haikal tenang sambil memberikan senyuman kepada pesakitnya itu.
“Awak tak sedarkan diri beberapa hari yang lepas sebab terlebih makan ubat,kenapa awak cuba untuk bunuh diri?kesian kat housemate awak,bawak awak dating Hospital ni” Soal Dokter Haikal kepada Humairah yang sangat panjang
“Awak sapa untuk Tanya soalan macam tu pada saya?Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya untuk saya jawab soalan awak tu” Jawab Humaira kepada dokter haikal dengan nada yang meninggi, Geram dia sebab orang yang dia tak kenal Tanya soalan yang terlalu peribadi baginya
“Awak memang tak kenal saya tapi saya kenal awak,dan saya perlu tahu sebab saya dokter awak,dan awak pesakit saya,sekarang ni awak di bawah pengawasan saya,saya hanya nak tolong awak, tapi tak apalah kalau awak tak mahu untuk share dengan saya.. Saya hanya ingin membantu.. Jap lagi nurse datang bawa ubat, awak makan ubat tu ye” Jawab Panjang dokter Haikal, dan lalu pergi meninggalkan humaira..Niat di hati nya hanya untuk membantu pesakitnya itu, tetapi pada Humairah soalannya itu terlalu sensetif pada Humaira.
Dua Bulan yang lepas
“Hi Sayang ! Dah lama tunggu I?” Tanya Humaira kepada kekasihnya itu sambil memberi senyuman yang paling manis.
“Boleh laaa, Tak ada lah lama sangat,hmm.. biasalah kan u memang selalu lambat, make up 1 jam !”Jawab Zack acu taka cu tanpa pandang muka Humaira.
“AlolooOoo~~ Merajuk la tu.. Ye.. I minta maaf okay,lepas ni I tak lambat lagi, I Janji ! lagi satu, kenapa u tak nak jemput i?Biasanya u jemput I”
“Hari ni I malas nak jemput U,Sebab I Malas nak tunggu U lama-lama dekat depan rumah U tu” jawab Zack dengan tiada perasaan, Sambil bermain Handphone
“Hrmmm… Kenapa U nak sangat jumpa I malam ni? Semalam baru je kita jumpa kan?Biasanya dua hari sekali baru kita jumpa kan, sebab u busy dengan assgment lah,Projek la, macam-macam lagi lah. Ni mesti sebab u rindukan I kan ? ehee”Soal Humaira kepada Zack, Sambil memegang Tangan Zack.
Zack menarik tangan yang dipegang oleh Humaira
“Okay,Pendekkan cerita, I sebenarnya ajak jumpa ni sebab I dah tak boleh nak teruskan hubungan kita ni, I tak boleh nak tipu diri I yang I dah suka dekat Orang lain, makin I teruskan Hubungan ni, Makin Hati I terseksa,I minta maaf kat u sangat-sangat.. I tahu I kejam buat u macam ni,tapi I rasa lebih baik I terus terang pada u sekarang,makin lama I simpan, makin membuat hati u dan hati I sakit,I kesian kat u tiap-tiap hari u tunggu I, Lebih baik I bagi tahu u perkara sebenar  yang I dah ada orang lain.I minta maaf , I tak boleh nak teruskan lagi” Panjang lebar Zack memberi jawapannya kepada Humaira dengan perasaan yang agak bersalah dan juga lega kerana sudah jujur kepada Humaira. Zack dah tak mampu dan tak sanggup untuk menipu Humaira lagi, Jujur dan terus terang itu lebih baik bagi Zack.
“Sampai Hati u buat I macam ni?U tahu kan yang I betul-betul Cintakan u Zack ! I tak sangka yang u sanggup buat I macam ni, Apa kurang I zack?apa salah i?”Soal Humaira kepada zack sambil menangis kerana sudah tak tahan menahan sedih di hati yang kekasihnya itu mahu meninggalkan nya.
“I minta maaf,I dah tak boleh teruskan”Pendek dan Tenang Zack menjawab.
“Cik..Cik.. Cik Humaira” Panggil nurse yang bertugas pada petang itu.
“Ye, Maaf awak panggil saya ke?” Tanya Humaira kepada nurse yang bertugas itu
“Cik Humaira dah makan? Kalau dah makan, cik kena makan ubat-ubat ni semua.”
“Saya dah makan,Okay…nanti saya makan ubatnya ye..” Jawab Humaira dengan mesra kepada nurse tersebut.
“Cik Humaira kena makan ubatnya sekarang sebab Dokter Haikal suruh saya tunggu cik Humaira sampai makan ubat-ubat ni semua” Kata nurse itu kepada Humaira, Memang dokter Haikal suruh nurse itu tunggu sampai Humaira makan ubat tersebut..
“Hrmmm…” Humairah mengeluh “Baiklah.. saya makan ubat-ubat ni semua ye..” Humairah pun memakan kesemua ubat-ubat yang nurse beri kepadanya itu..
“Okay dah.. Nanti awak cakap dekat dokter Haikal..Saya memang suka makan ubat ni,Makan kegemaran saya memang ubat pun , Dan saya kena tahan dalam wad ni pun sebab Terlebih makan ubatkan? So ! Don’t worry I akan makan ubat ni “ Sambung Humaira lagi kepada nuse tersebut dengan unsur-unsur memerli.
“Okay, Nanti saya bagi tahu ye cik Humairah” Jawab nurse itu “Dan cik Humaira Bertuah tau sebab Dokter Haikal tak pernah Ambil berat yang macam ni pada pesakit-pesakitnya yang lain,okaylah cik Humaira, awak pun dah makan ubat saya nak sambung kerja saya”Sambung Nurse itu lagi lalu meninggalkan Humaira kerana ada tugas nya yang lain.
“Hrmmm…Yelah tuu…” Humaira berkata-kata dalam hatinya..


“WEI ! Kau orang cepat lah…!!! Nanti waktu melawat Habis tahu tak..Pukul berapa dah ni.. Kesian Humaira kat Hospital tu tak ada siapa melawat dia, Lagi pun dia dah sedar apa pulak dia cakap tengok kita semua tak ada, kita ni dah la kawan baik dia”Panjang Bebel Intan kepada dua Sahabatnya itu, dia tak mahu terlewat untuk melawat kawan baiknya Humaira,Lagi pula Humaira kawannya sejak tadika lagi.
“Yee.. Sabar la intan Oiiii.. eisshh mak cik ni kalau dah membebel macam ni lah laju macam peluru pestol”Perli Ana kepada Intan yang dari tadi membebel.
“Entah la kau ni Intan,Kita orang pun kawan Humaira juga, Kita orang pun rindu kat dia,kalau ye pun rindu kat kawan kita yang satu lagi tu, awak kemas la dulu buku-buku awak yang atas meja tu, kami dah kemas dah, awak membebel dari tadi tak kemas apa pun, awak yang lambat, bukan kami” Panjang Ema memerli si Intan yang terlalu excited untuk melawat Humaira sampai dia sendiri tak siap-siap lagi .
“Eyh ! aku lupa laa, kau orang jangan lah peril aku macam tu, malu aku ! ahaha” Jawab Intan kepada dua sahabatnya itu dengan perasaan malu sebab dia membebel suruh cepat, tapi dia yang tak siap-siap.

EHEM! Termenungkan apa tu cik Humaira?” Kedatangan Dokter Haikal  membuat Humaira tersedar dari lamunannya itu.
“Hrmm…teringat kat kawan-kawan saya,mereka tak melawat saya sejak dari saya sedar tadi pun. 1 batang hidung pun tak Nampak” Jawab Humaira Selambur dan ada perasaan kesal juga di hatinya kerana sahabatnya tak datang melawatnya .
“Ohhh~~ itu kee.. ingat kan termenung sebab rindukan kekasih hati” Gurau Dokter Haikal
“Saya tak ada kekasih” Ringkas Humaira menjawab, Sambil memandang di luar
“Kejap lagi kawan-kawan awak,ema,ana dan intan datang la tu,awak jangan salah anggap pada mereka,mungkin mereka ada class,lagi pun dah nak final exam,mungkin busy sikit.  Masa awak tak sedar mereka bertiga sentiasa datang melawat awak,jaga awak..kejap lagi mereka datang lah tu”Jelas Dokter Haikal kepada Humaira,Niatnya untuk menenangkan hati Humaira , takut juga kalau Humaira tersalah anggap kepada sahabatnya itu.
“Macam mana dokter tahu nama mereka?” Tanya Humaira kepada dokter Haikal,Pelik juga dia sebab Dokter Haikal boleh tahu kesemua nama sahabat-sahabatnya itu.
“Sebab mereka kan selalu datang melawat awak , jaga awak masa tak sedar kan diri, sambil-sambil tu saya Tanya lah nama mereka semua…”Tenang dokter Haikal jawab soalan Humaira sambil tersenyum-senyum kepada humaira.
“Maknanya dok !”Tak sempat Humaira bercakap sahabat-sahabatnya datang
“Assalamualaikum…Humairah ! Alhamdulillah kau dah sedarr” Salam dari intan membuat Humaira berhenti dari bercakap .
“Waalaikumusalam” Serentak dokter Haikal dan Humaira Jawab
“Ehem Ehem ! Macam ada jodoh je jawab salam serentak ni..eheheeheh” Gurau ema kepada dokter dan Humaira,saja dia mahu menyakat dokter Haikal,bukan dia tak tahu yang dokter Haikal suka pada sahabatnya itu.
“Ahh kau ni ema,jangan nak mengarut ye, aku tangah touching dengan kau orang semua, tak datang melawat aku pun , dari tadi aku tunggu, 1 batang hidung pun tak nampak” rajuk Humaira kepada Rakan-rakannya itu.
“Sekarang Nampak tak tiga batang hidung dah muncul?”kata-kata ana membuat semua yang ada dalam bilik Humaira tergelak termasuk lah dokter Haikal.
“Erm , baik lah saya pergi dulu ye. Nanti kalau ada apa-apa please cepat-cepat panggil saya” Dokter Haikal bersuara , dari tadi dia berdiam sampai Humaira dan kawan-kawannya ingat dokter Haikal dah keluar dalam bilik Humaira
“Eyh ! dokter Haikal ada lagi ke ? ingat dah keluar tadi, maaf la tak perasan yang dokter haikal ada, malu rasanya gelak macam apa tadi depan dokter Haikal”kata Intan yang agak terasa malu keran dia yang gelak agak kuat dari ema,ana dan humaira
“Ahaa, tak apa lah, biasa lah tu gembira sebab Kawan awak dah sedar, okay la saya ada kerja ni, nanti ada apa-apa. Panggil saya. Assalamualaikum” Pamit Dokter Haikal dengan sopan .
“Waalaikumussalam” Serentak Humaira,Ana,Ema dan Intan menjawab salam Dokter Haikal
“Ermm.. Humaira.. Okay tak duduk kat Hospital ni?? Makanan kat sini sedap tak?”Tanya Ana pada Humaira.
“Aku bosan lah duduk dekat Hospital ni, Makanan pula okay lahh.. hrmm, kau ni mesti laparkan tiba-tiba Tanya pasal makanan ni. Kan? Kan ? kan? eheheheh”Sangkal Humaira pada Ana sambil menunjuk jari pada ana menandakan Tanya nya pada ana
“Eyh ! mana ada, yelah , aku kan sayang kat kau, mesti lah aku nak kau selesa kat sini” jawab ana dan







Saturday 2 November 2013

Ice Skatting with Hubby ^_^

Assalamualaikum, hii~~ Hari ni iqa Gembira sangat sangat sebab dapat luangkan masa bersama Lelaki yang paling iqa Cinta, Iaitu Mohd Shawal Bin Alias,, Kiteorg pergi sunway untuk main ice skatting, iqa tak pernah rasa happy mcm ni, mungkin sebab esok iqa dah pergi study, mmg susah nk jumpe shawal da lepas ni :( sebab tu tadi keluar dgn dia dari pagi smpai la kepetang, nk Maghrib baru sampai rumah , ermm , Pengalaman main ice skatting dgn shawal , pengalaman yg paling best, yang tak pernah iqa rase sebelum ni , nak tahu sebab ape ? sbb shawal takot untuk main ice skate, HEHEHE , sebelum masuk ice skate tu, kena cari size kasut, lepas tu kiteorg pergi la cari tempat duduk untuk pakai kasut tu , iqa tgok cara shawal ikat tali punye la macho , mcm org yg pro main ice skate , heheeh , dah lepas siap pakai kasut, si shawal suruh take gambar dia,

(Ni masa Shawal tgh ajar iqa mcm mane nak take pic guna fon dia
iqa take gambar dia senyap2 masa ni HEHEHE ^_^)

(Ni la tiket ice skatting kiteorg ^_^ heee~~)

byk sgt gambar dia yg iqa tangkap, tapi pakai fon shawal lah, fon iqa camera x cantik, rasanye 1 jam gak la tangkap gambar shawal and record video dia , klu nak tahu, shawal ni mmg gila gambo..!!! HEHEHE , tapi iqa mmg suke tangkap gamabr shawal pun , sbb dia comelll ... ^_^ heee~~~ ermm, okay, sambung cerita tadi.. lepas da pakai kasut, take pic shawal and iqa sume tu, kiteorg pun gerak la untuk masuk ke dalam ice skate, tapi mase tu ice dah cair sgt, kiteorg masuk tak sampai 5 minit, kiteorg keluar, sbb licin sgt, n sejuk pulak tu.. n risau jugak la kalau2 shawal terjatuh nnti , iqa tak suke kalau dia rase sakit sikit pun , nnti iqa lagi sakitt , syg sgt kt dia . dah lepas keluar tu , kiteorg duduk laaa rehat2 ,

(Ni Masa tgh rehat jap)

sbb org ice skate tu nak keringkan ice yg dah mencair tu .. time duduk tu, iqa kesian kat shawal, sbb kasut shawal org tu bagi mcm x sesuai dgn size kaki shawal, kasut tu menyebabkn shawal untuk susah bergerak dgn betul , kiri kana kiri kanan iqa tgok shawal jalan, kesian kt dia la kasut tu menyebabkan kaki dia sakit..erm , sementara tunggu2 tu kiteorg take pic lagiii , biasa lahh , keluarkan dgn retis , setiap sudut ada je nk take pic untuk kenangann , huhuhu, dah lama lepas tu, kiteorg dah boleh masuk kt dalam ice skete tu, iqa jalan belakang shawal, iqa tergelak gelak tgok shawal , sbb dia jalan tak betull , tapi dia tak dengar kot iqa gelak,iqa tak pernah gelak kan dia mcm tu sebelum ni , bukan ape, iqa tgok shawal jalan mcm budak kecik kat dalam ice tu.. mcm baby yg baru nk pandai jalan tuu,, mcm tu la iqa tgok shawal time tu , comel sgttt ^_^ sepanjang shawal main ice skate tu , iqa takot nk tinggalkan dia sorang2, sbb dia baru lagi , iqa yg da byk kali main ice skate pun tak pandai lagi main ice skate. ni kan dia yg dah lama sgt tak main ice skate, iqa risau kalau dia jatuh ke apeee , kalau jadi pape kat shawal time tu, iqa la org yg paling bersalah dalam dunia ni , sbb iqa yg nak main ice skate , iqa yg ajak shawal main ice skate . dah berape kali round , shawal dah boleh imbangkan diri dia dekat atas ice tu , tapi iqa tetap risau , mungkin iqa terlalu SAYANGKAN shawal , sampai tak nak japi perkara yang buruk dekat shawal . yelaaa , ni pertama kali iqa main ice skate dgn lelaki , biasanye pergi dengan kawan2 perempuan, dgn ema ,, nak tahu tak , sebelum ni , iqa tak pernah g mane2 , sbb tak ada sape nak bawak , sejak dgn shawal ni , bnyk tempat dan pengalaman shawal ajar dan bawa iqa , dia la lelaki pertama yg pernah bawa iqa tempat2 yg iqa tak pernah iqa pergi , kalau boleh semua firstime dalam hidup iqa , semua dgn shawal , TAPI!!!! dia tak pernah pun ajar iqa untuk buat perkara yang tak elok , shawal lelaki yg sgt baik , sgt penyabar yang pernah iqa kenal , iqa ibaratkan API , shawal pula AIR yang selalu MEREDA kan api apabila sedang MEREBAK . terima kasih sgt2 kepada ALLAH sebab pertemukan iqa dgn shawal, bersyukur sgt2 sbb shawal hadir dalam hidup iqa ni,, iqa harap Shawal lah PELENGKAP DALAM HIDUP IQA :) dan iqa manu jadi BIDADARI di dunia dan di SYURGA untuk Shawal , terima kasih untuk hari ni shawal , sbb luangkan masa untuk iqa :) 


(Ni masa dalam bus nak g KTM subang, nak balik dah)


Allah je yang tahu time ni iqa sedih sgt2, sbb nak jumpa shawal susah dah lepas ni
Mungkin ini semua DUGAAN dalam HUBUNGAN kami, Yang penting sekali
Banyakkan BERDOA semoga MOHD SHAWAL BIN ALIAS adalah JODOH iqa.
INSYAALLAH :)
Terima kasih untuk hari ini, Kenangan yang tak akan pernah iqa lupakan
I LOVE YOU SHAWAL 

Sunday 20 October 2013

Alhamdulillah :)

Alhamdulillahhh :) aku sangat Bersyukur, sbb Hubungan aku dgn syawal kembali seperti dulu, dah tak ada nak gaduh2, salah faham dalam hubungan itu perkara biasa, cuma aku yang selalu membesar-besar kan hal kecil, aku terlalu ikut kn perasaan, terlalu cemburu, Tapi sebaliknya aku juga mcm itu, melayan lelaki di twitter, Syawal cemburu, syawal marah, dia simpan dalam hati, dan benda tu buat hati aku sakit, kenapa dia terlalu baik?, terlalu menjaga perasaan aku? sedangkan aku x pernah untuk jaga perasaan dia , aku terlalu kongkong hidup dia sampai kan aku tak sedar dah buat dia kecewa dgn sikap aku,kecewa dgn apa yang aku buat, tapi syawal hanya simpan je, orang keliling hanya pandai bercakap syawal macam2, itu ini , tapi aku lebih tahu syawal orang yang macam mana , mmg dia selalu dikelilingi perempuan, tak bermakna dia playboy,, dia bukan melayan , tapi dia hormat perempuan. dia seorang yang peramah,baik,suka tolong orang,dengan pak cik mak cik pun dia ramah, dia pandai melayan kawan2, sebab tu orang senang untuk berkawan dgn syawal, lagi-lagi perempuan, Aku percaya kan Syawal . kalau betul kiteorang dah tak ada apa2 hubungan lepas ni, itu bukan salah dia , bukan juga salah aku, Tapi ALLAH DAH TENTUKAN SIAPA JODOH KITA. KITA HANYA MERANCANG, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN
Tapi iqa harap yang SYAWAL JODOH IQA . Orang selalu cakap jangan terlalu yakin, Tapi tak salah kalau kita berdoa pada ALLAH supaya dia Jodoh kita. Aku terlalau sayangkan syawal... I LOVE YOU HUBBY 


Sweet Moments <3
My Future IMAM.. InsyaALLAH ^_^

Wednesday 16 October 2013

Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatihah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatihah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a.) Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b.) Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c.) Kedua-dua lutut
d.) Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.
3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatihah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatihah. Kalau Al Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Allah yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Allah dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Allah. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Subhanallah. Allahu Akbar! Mari kita sama-sama memperbanyakkan bacaan surah al-Fatihah setiap masa dan ketika

Kadang-kadang kita tak tahu yang kita betul-betul cinta kan seseorang itu, sehingga orang yang kita cinta tersebut Hilang, Bila dah hilang, baru tercari-cari, Masa kita cari dia , baru kita tahu yang kita CINTA dia , Kita SAYANG kn dia, Hrmm , Itu lah Manusia Sering kali tidak Bersyukur, Terlalu Mengejar KESEMPURNAAN , Sedangkan Yang SEDERHANA itu lebih BAIK , Lebih MENCINTAI, Lebih MENYANYANGI kita, Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah cuba Menjadi yang terbaik untuk si dia yang sekarang, cuba untuk MENCINTAI dia , dan jangan melakukan kesilapan yang sama, Jangan TINGGALKAN dia yang MENCINTAI kita . Orang Tua-tua selalu cakap, "Biar kita tak CINTA kan orang tu, Asalkan Orang itu CINTAKAN kita, Bercinta lepas NIKAH itu Lebih INDAH"