BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 28 December 2013

Tak Salah Mencuba Untuk Cinta Kepada Sang Pencinta ^_^

“Saya dekat mana ni??” Tanya Humaira sambil pegang kepalanya yang terasa pening 
“Awak sekarang ada dalam wad” Jawab dokter Haikal tenang sambil memberikan senyuman kepada pesakitnya itu.
“Awak tak sedarkan diri beberapa hari yang lepas sebab terlebih makan ubat,kenapa awak cuba untuk bunuh diri?kesian kat housemate awak,bawak awak dating Hospital ni” Soal Dokter Haikal kepada Humairah yang sangat panjang
“Awak sapa untuk Tanya soalan macam tu pada saya?Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya untuk saya jawab soalan awak tu” Jawab Humaira kepada dokter haikal dengan nada yang meninggi, Geram dia sebab orang yang dia tak kenal Tanya soalan yang terlalu peribadi baginya
“Awak memang tak kenal saya tapi saya kenal awak,dan saya perlu tahu sebab saya dokter awak,dan awak pesakit saya,sekarang ni awak di bawah pengawasan saya,saya hanya nak tolong awak, tapi tak apalah kalau awak tak mahu untuk share dengan saya.. Saya hanya ingin membantu.. Jap lagi nurse datang bawa ubat, awak makan ubat tu ye” Jawab Panjang dokter Haikal, dan lalu pergi meninggalkan humaira..Niat di hati nya hanya untuk membantu pesakitnya itu, tetapi pada Humairah soalannya itu terlalu sensetif pada Humaira.
Dua Bulan yang lepas
“Hi Sayang ! Dah lama tunggu I?” Tanya Humaira kepada kekasihnya itu sambil memberi senyuman yang paling manis.
“Boleh laaa, Tak ada lah lama sangat,hmm.. biasalah kan u memang selalu lambat, make up 1 jam !”Jawab Zack acu taka cu tanpa pandang muka Humaira.
“AlolooOoo~~ Merajuk la tu.. Ye.. I minta maaf okay,lepas ni I tak lambat lagi, I Janji ! lagi satu, kenapa u tak nak jemput i?Biasanya u jemput I”
“Hari ni I malas nak jemput U,Sebab I Malas nak tunggu U lama-lama dekat depan rumah U tu” jawab Zack dengan tiada perasaan, Sambil bermain Handphone
“Hrmmm… Kenapa U nak sangat jumpa I malam ni? Semalam baru je kita jumpa kan?Biasanya dua hari sekali baru kita jumpa kan, sebab u busy dengan assgment lah,Projek la, macam-macam lagi lah. Ni mesti sebab u rindukan I kan ? ehee”Soal Humaira kepada Zack, Sambil memegang Tangan Zack.
Zack menarik tangan yang dipegang oleh Humaira
“Okay,Pendekkan cerita, I sebenarnya ajak jumpa ni sebab I dah tak boleh nak teruskan hubungan kita ni, I tak boleh nak tipu diri I yang I dah suka dekat Orang lain, makin I teruskan Hubungan ni, Makin Hati I terseksa,I minta maaf kat u sangat-sangat.. I tahu I kejam buat u macam ni,tapi I rasa lebih baik I terus terang pada u sekarang,makin lama I simpan, makin membuat hati u dan hati I sakit,I kesian kat u tiap-tiap hari u tunggu I, Lebih baik I bagi tahu u perkara sebenar  yang I dah ada orang lain.I minta maaf , I tak boleh nak teruskan lagi” Panjang lebar Zack memberi jawapannya kepada Humaira dengan perasaan yang agak bersalah dan juga lega kerana sudah jujur kepada Humaira. Zack dah tak mampu dan tak sanggup untuk menipu Humaira lagi, Jujur dan terus terang itu lebih baik bagi Zack.
“Sampai Hati u buat I macam ni?U tahu kan yang I betul-betul Cintakan u Zack ! I tak sangka yang u sanggup buat I macam ni, Apa kurang I zack?apa salah i?”Soal Humaira kepada zack sambil menangis kerana sudah tak tahan menahan sedih di hati yang kekasihnya itu mahu meninggalkan nya.
“I minta maaf,I dah tak boleh teruskan”Pendek dan Tenang Zack menjawab.
“Cik..Cik.. Cik Humaira” Panggil nurse yang bertugas pada petang itu.
“Ye, Maaf awak panggil saya ke?” Tanya Humaira kepada nurse yang bertugas itu
“Cik Humaira dah makan? Kalau dah makan, cik kena makan ubat-ubat ni semua.”
“Saya dah makan,Okay…nanti saya makan ubatnya ye..” Jawab Humaira dengan mesra kepada nurse tersebut.
“Cik Humaira kena makan ubatnya sekarang sebab Dokter Haikal suruh saya tunggu cik Humaira sampai makan ubat-ubat ni semua” Kata nurse itu kepada Humaira, Memang dokter Haikal suruh nurse itu tunggu sampai Humaira makan ubat tersebut..
“Hrmmm…” Humairah mengeluh “Baiklah.. saya makan ubat-ubat ni semua ye..” Humairah pun memakan kesemua ubat-ubat yang nurse beri kepadanya itu..
“Okay dah.. Nanti awak cakap dekat dokter Haikal..Saya memang suka makan ubat ni,Makan kegemaran saya memang ubat pun , Dan saya kena tahan dalam wad ni pun sebab Terlebih makan ubatkan? So ! Don’t worry I akan makan ubat ni “ Sambung Humaira lagi kepada nuse tersebut dengan unsur-unsur memerli.
“Okay, Nanti saya bagi tahu ye cik Humairah” Jawab nurse itu “Dan cik Humaira Bertuah tau sebab Dokter Haikal tak pernah Ambil berat yang macam ni pada pesakit-pesakitnya yang lain,okaylah cik Humaira, awak pun dah makan ubat saya nak sambung kerja saya”Sambung Nurse itu lagi lalu meninggalkan Humaira kerana ada tugas nya yang lain.
“Hrmmm…Yelah tuu…” Humaira berkata-kata dalam hatinya..


“WEI ! Kau orang cepat lah…!!! Nanti waktu melawat Habis tahu tak..Pukul berapa dah ni.. Kesian Humaira kat Hospital tu tak ada siapa melawat dia, Lagi pun dia dah sedar apa pulak dia cakap tengok kita semua tak ada, kita ni dah la kawan baik dia”Panjang Bebel Intan kepada dua Sahabatnya itu, dia tak mahu terlewat untuk melawat kawan baiknya Humaira,Lagi pula Humaira kawannya sejak tadika lagi.
“Yee.. Sabar la intan Oiiii.. eisshh mak cik ni kalau dah membebel macam ni lah laju macam peluru pestol”Perli Ana kepada Intan yang dari tadi membebel.
“Entah la kau ni Intan,Kita orang pun kawan Humaira juga, Kita orang pun rindu kat dia,kalau ye pun rindu kat kawan kita yang satu lagi tu, awak kemas la dulu buku-buku awak yang atas meja tu, kami dah kemas dah, awak membebel dari tadi tak kemas apa pun, awak yang lambat, bukan kami” Panjang Ema memerli si Intan yang terlalu excited untuk melawat Humaira sampai dia sendiri tak siap-siap lagi .
“Eyh ! aku lupa laa, kau orang jangan lah peril aku macam tu, malu aku ! ahaha” Jawab Intan kepada dua sahabatnya itu dengan perasaan malu sebab dia membebel suruh cepat, tapi dia yang tak siap-siap.

EHEM! Termenungkan apa tu cik Humaira?” Kedatangan Dokter Haikal  membuat Humaira tersedar dari lamunannya itu.
“Hrmm…teringat kat kawan-kawan saya,mereka tak melawat saya sejak dari saya sedar tadi pun. 1 batang hidung pun tak Nampak” Jawab Humaira Selambur dan ada perasaan kesal juga di hatinya kerana sahabatnya tak datang melawatnya .
“Ohhh~~ itu kee.. ingat kan termenung sebab rindukan kekasih hati” Gurau Dokter Haikal
“Saya tak ada kekasih” Ringkas Humaira menjawab, Sambil memandang di luar
“Kejap lagi kawan-kawan awak,ema,ana dan intan datang la tu,awak jangan salah anggap pada mereka,mungkin mereka ada class,lagi pun dah nak final exam,mungkin busy sikit.  Masa awak tak sedar mereka bertiga sentiasa datang melawat awak,jaga awak..kejap lagi mereka datang lah tu”Jelas Dokter Haikal kepada Humaira,Niatnya untuk menenangkan hati Humaira , takut juga kalau Humaira tersalah anggap kepada sahabatnya itu.
“Macam mana dokter tahu nama mereka?” Tanya Humaira kepada dokter Haikal,Pelik juga dia sebab Dokter Haikal boleh tahu kesemua nama sahabat-sahabatnya itu.
“Sebab mereka kan selalu datang melawat awak , jaga awak masa tak sedar kan diri, sambil-sambil tu saya Tanya lah nama mereka semua…”Tenang dokter Haikal jawab soalan Humaira sambil tersenyum-senyum kepada humaira.
“Maknanya dok !”Tak sempat Humaira bercakap sahabat-sahabatnya datang
“Assalamualaikum…Humairah ! Alhamdulillah kau dah sedarr” Salam dari intan membuat Humaira berhenti dari bercakap .
“Waalaikumusalam” Serentak dokter Haikal dan Humaira Jawab
“Ehem Ehem ! Macam ada jodoh je jawab salam serentak ni..eheheeheh” Gurau ema kepada dokter dan Humaira,saja dia mahu menyakat dokter Haikal,bukan dia tak tahu yang dokter Haikal suka pada sahabatnya itu.
“Ahh kau ni ema,jangan nak mengarut ye, aku tangah touching dengan kau orang semua, tak datang melawat aku pun , dari tadi aku tunggu, 1 batang hidung pun tak nampak” rajuk Humaira kepada Rakan-rakannya itu.
“Sekarang Nampak tak tiga batang hidung dah muncul?”kata-kata ana membuat semua yang ada dalam bilik Humaira tergelak termasuk lah dokter Haikal.
“Erm , baik lah saya pergi dulu ye. Nanti kalau ada apa-apa please cepat-cepat panggil saya” Dokter Haikal bersuara , dari tadi dia berdiam sampai Humaira dan kawan-kawannya ingat dokter Haikal dah keluar dalam bilik Humaira
“Eyh ! dokter Haikal ada lagi ke ? ingat dah keluar tadi, maaf la tak perasan yang dokter haikal ada, malu rasanya gelak macam apa tadi depan dokter Haikal”kata Intan yang agak terasa malu keran dia yang gelak agak kuat dari ema,ana dan humaira
“Ahaa, tak apa lah, biasa lah tu gembira sebab Kawan awak dah sedar, okay la saya ada kerja ni, nanti ada apa-apa. Panggil saya. Assalamualaikum” Pamit Dokter Haikal dengan sopan .
“Waalaikumussalam” Serentak Humaira,Ana,Ema dan Intan menjawab salam Dokter Haikal
“Ermm.. Humaira.. Okay tak duduk kat Hospital ni?? Makanan kat sini sedap tak?”Tanya Ana pada Humaira.
“Aku bosan lah duduk dekat Hospital ni, Makanan pula okay lahh.. hrmm, kau ni mesti laparkan tiba-tiba Tanya pasal makanan ni. Kan? Kan ? kan? eheheheh”Sangkal Humaira pada Ana sambil menunjuk jari pada ana menandakan Tanya nya pada ana
“Eyh ! mana ada, yelah , aku kan sayang kat kau, mesti lah aku nak kau selesa kat sini” jawab ana dan