BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 20 October 2013

Alhamdulillah :)

Alhamdulillahhh :) aku sangat Bersyukur, sbb Hubungan aku dgn syawal kembali seperti dulu, dah tak ada nak gaduh2, salah faham dalam hubungan itu perkara biasa, cuma aku yang selalu membesar-besar kan hal kecil, aku terlalu ikut kn perasaan, terlalu cemburu, Tapi sebaliknya aku juga mcm itu, melayan lelaki di twitter, Syawal cemburu, syawal marah, dia simpan dalam hati, dan benda tu buat hati aku sakit, kenapa dia terlalu baik?, terlalu menjaga perasaan aku? sedangkan aku x pernah untuk jaga perasaan dia , aku terlalu kongkong hidup dia sampai kan aku tak sedar dah buat dia kecewa dgn sikap aku,kecewa dgn apa yang aku buat, tapi syawal hanya simpan je, orang keliling hanya pandai bercakap syawal macam2, itu ini , tapi aku lebih tahu syawal orang yang macam mana , mmg dia selalu dikelilingi perempuan, tak bermakna dia playboy,, dia bukan melayan , tapi dia hormat perempuan. dia seorang yang peramah,baik,suka tolong orang,dengan pak cik mak cik pun dia ramah, dia pandai melayan kawan2, sebab tu orang senang untuk berkawan dgn syawal, lagi-lagi perempuan, Aku percaya kan Syawal . kalau betul kiteorang dah tak ada apa2 hubungan lepas ni, itu bukan salah dia , bukan juga salah aku, Tapi ALLAH DAH TENTUKAN SIAPA JODOH KITA. KITA HANYA MERANCANG, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN
Tapi iqa harap yang SYAWAL JODOH IQA . Orang selalu cakap jangan terlalu yakin, Tapi tak salah kalau kita berdoa pada ALLAH supaya dia Jodoh kita. Aku terlalau sayangkan syawal... I LOVE YOU HUBBY 


Sweet Moments <3
My Future IMAM.. InsyaALLAH ^_^

Wednesday 16 October 2013

Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatihah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatihah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a.) Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b.) Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c.) Kedua-dua lutut
d.) Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.
3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatihah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatihah. Kalau Al Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Allah yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Allah dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Allah. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Subhanallah. Allahu Akbar! Mari kita sama-sama memperbanyakkan bacaan surah al-Fatihah setiap masa dan ketika

Kadang-kadang kita tak tahu yang kita betul-betul cinta kan seseorang itu, sehingga orang yang kita cinta tersebut Hilang, Bila dah hilang, baru tercari-cari, Masa kita cari dia , baru kita tahu yang kita CINTA dia , Kita SAYANG kn dia, Hrmm , Itu lah Manusia Sering kali tidak Bersyukur, Terlalu Mengejar KESEMPURNAAN , Sedangkan Yang SEDERHANA itu lebih BAIK , Lebih MENCINTAI, Lebih MENYANYANGI kita, Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah cuba Menjadi yang terbaik untuk si dia yang sekarang, cuba untuk MENCINTAI dia , dan jangan melakukan kesilapan yang sama, Jangan TINGGALKAN dia yang MENCINTAI kita . Orang Tua-tua selalu cakap, "Biar kita tak CINTA kan orang tu, Asalkan Orang itu CINTAKAN kita, Bercinta lepas NIKAH itu Lebih INDAH"